Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, September 27, 2007

Hidup atau mati

I came across this article in a newspaper early one Ramadhan morning right after sahur, and ended up tergelak sorang-sorang pepagi buta..hehe...

"BELI KOMPUTER HIDUP ATAU MATI 01XXXXXXXX"

Ada 2 perkara yang mungkin kita fahami apabila membaca iklan ini. Pertama, adakah kita masih tidak mahu membeli komputer tersebut setelah diancam sedemikian rupa? Kedua, adakah penjual komputer tersebut menjual komputer lusuh, komputer yang hidup atau mati?

Memang komputer merupakan keperluan hari ini lebih-lebih lagi dengan sistem pendidikan masa kini yang banyak menggunakan alat teknologi seperti komputer. Namun, janganlah disebabkan terlalu ghairah untuk melariskan produk mereka, penjual sanggup menggunakan bahasa yang sedemikian rupa sehingga boleh dikatakan agak keterlaluan. Seronokkah kita apabila membaca iklan berbentuk ugutan seperti ini? Apakah pincang atau terjejas kehidupan kita jika tidak membeli komputer itu?

Selain berbentuk ancaman, perkataan "hidup atau mati" hanyalah digunakan untuk benda bernyawa atau bernafas dan bukan untuk komputer, sejenis alat elektronik. Mungkin juga bahasa iklan tersebut bermaksud penjual menjual komputer terpakai, sama ada yang "hidup" (boleh digunakan) atau yang "mati" (sudah rosak).

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home