Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Harga Minyak Turun
Excerpt from an email I received from a friend today, which pretty much described what my parents and i thought about the famous debate. Cheers!
Dari awal debat lagi dalam sesi ucapan pembukaan DSAI telah mula mejelaskan beberapa fakta penting yang logik dijadikan panduan dalam menguruskan ekonomi Malaysia berbeza dengan Shabery yang dari awal ucapan pembukaan telah mula menyerang peribadi DSAI malah ucapan pembukaan beliau langsung tidak menangkis hujah DSAI & yang paling memalukan ialah - lari dari topik...orang suruh debat minyak...yang hang dok cerita pasal demonstrasi tu apahal?
Soalan dari wakil Anwar pulak ialah tentang langkah penjimatan yang kerajaan umumkan pada tahun 2004 bagaimana ianya dibelanjakan kerana hakikatnya sampai kehari ini kita tak nampak langkah yang kerajaan ambil & dimana ianya dibelanjakan tidak dijawab oleh Shabery tetapi sebaliknya menyerang peribadi DSAI tanpa menjawab soalan dari Zulkifli.
Kesimpulan pada debat:
di pihak wakil PR - fokus pada tajuk tidak lari dalam hujah-hujah yang diutarakan & yang amat membanggakan ialah fakta-fakta yang diutarakan oleh Anwar ada fakta-fakta yang logik & diyakini sebagai 1 formula yang baik untuk menyelesaikan masalah harga minyak di Malaysia.
di pihak wakil BN - dari awal lagi fokus & hujah tidak ada kena mengena dengan tajuk debat tetapi lebih kepada hujah menyerang peribadi lawan & apa yang kita lihat ialah sememangnya kerajaan tidak punya formula untuk menyelesaikan krisis ini
hujah Shabery juga sudah selalu kita dengar dari semua wakil UMNO/BN iaitu GLOBAL, GLOBAL, GLOBAL & GLOBAL...tanpa langsung ada penafian menyanggah hujah Anwar...kita debat isu minyak & sepatutnya Shabery kena sanggah hujah Anwar dengan fakta & bukannya menyerang peribadi yang tak ada kena mengena dengan isu minyak..
Aku tertarik pada 2 perkara dalam hujah Anwar & Shabery tadi...menarik dipihak Shabery bila dia jelaskan kekuatan Petronas hari ini adalah kerana kerajaan UMNO/BN....tapi aku nak sangkal dakwaan tu dengan kenyataan ni - kalau parti lain yang membentuk kerajaan, Petronas juga akan berada pada tahap ini malah aku yakin kedudukan Petronas lebih baik dari hari ni dibawah kerajaan parti bukan UMNO/BN...
Warga PETRONAS ni siapa? Pekerja Petronas yg bertungkus lumus meraih keuntungan besar dia sedap2 kata UMNO/BN
Menarik dipihak Anwar pula ialah kenyataannya - harga minyak di Arab Saudi rendah tetapi inflasinya tinggi manakala harga minyak di Malaysia pula tinggi tetapi kadar inflasi pula LEBIH TINGGI!...
fikir-fikirkan. ..
p/s - Datuk Nu Jazlan Mohamad Yb Pulai lagi dangkal. Dia berpendapat Shabery berjaya menundukkan DSAI dengan fakta... fakta apa? Hairan betul YB BN ni...
Labels: Current Issues
0 Comments:
Post a Comment
<< Home