Interesting news that I came across while bloghopping
Nombor Satu (From mckk.edu.my):
Students of Malay College Kuala Kangsar and Tunku Kurshiah College may soon choose if they want to sit for the International Baccalaureate (IB) or the Sijil Pelajaran Malaysia.
The IB diploma programme can be used for entry into major universities around the world.
Education Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein announced that both schools would be offering the IB from 2011.
Nombor 2 (From MatSBP):
Pada pilihan raya kecil diadakan Ogos setiap tahun, pelajar Tingkatan Empat akan mengambil alih teraju kepemimpinan pelajar sekolah menggantikan senior mereka di Tingkatan lima yang menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Jika sebelum ini proses pemilihan hanya melalui cadangan, ucapan umum dan undian rahsia seperti pilihan raya sebenar, bermula tahun ini, senarai calon bakal menjawat ketua pelajar, timbalan dan sebagainya disenarai pendek untuk ditemu ramah wakil guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Persatuan Pelajar Tua.
Temu ramah seumpama adalah yang pertama dijalankan untuk pemilihan pemimpin peringkat sekolah di negara ini. Pelaksanaannya dibuat selepas Pengetua TKC, Che Kamaliah Endud, mendapat idea ketika melawat dua sekolah di London bersama pengetua sekolah kluster, Februari lalu.
Dalam bidang R&D pula, Che Kamaliah berkata, pelajar TKC berjaya menghasilkan ubat pencegah ulser perut menggunakan akar pokok kadok, yang turut memenangi pertandingan Inovasi Sains peringkat kebangsaan pada 2007 dan ketiga kategori berkumpulan Pertandingan Kejuruteraan Sains Antarabangsa Intel di Atlanta, Amerika Syarikat.
“Kami juga banyak memenangi pertandingan lain sama ada peringkat negeri mahupun kebangsaan, antaranya mereka laman web bertajuk Penyu; Spesies yang Terancam anjuran Think.com, Formula 1 dan perangkap tikus tanpa menggunakan umpan.
Info Kolej Tunku Kurshiah
a. Nama asalnya Malay Girls College ditubuhkan pada 1947 yang terkenal dengan penguasaan bahasa Inggerisnya, adalah sekolah berasrama penuh pertama khusus untuk perempuan dan kedua tertua di negara ini.
b. Terkenal dengan prestasi cemerlang dalam pelbagai bidang disertai pelajar sama ada secara individu atau berkumpulan.
c. Menukar nama kepada TKC sempena nama Raja Permaisuri Agong pertama, Almarhum Tunku Puan Besar Kurshiah selepas berpindah dari kampus asalnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, ke Seremban pada 1962.
d. Dipilih sebagai sekolah berasrama penuh terbaik kokurikulum untuk tempoh lima tahun berturut-turut hingga 2007.
e. Sekolah nombor satu dalam keputusan PMR 2007 dengan tiga subjek semua A iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.
I was actually looking up for the school's standing in the 2008 PMR Exams. Anybody has any clue/info? hehe..
0 Comments:
Post a Comment
<< Home