Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, January 08, 2009

Tagged by Nisa

Selamba jer kata aku takde keje... cheh!

Complete these sentences:

1. Bekas kekasih2 saya… ada yang sudah hilang entah ke mana, ada yang gila talak, ada yang telah meninggal dunia dan ada juga yang telah dinaikkan pangkat menjadi suami saya
2. Saya sedang mendengar… errrmmm...takde dengar apa-apa la sekarang ni..
3. Mungkin saya patut… menelefon repairman saya yang berjanji nak datang tengok kebocoran di siling saya tapi sampai sekarang masih tak datang-datang lagi
4. Saya suka belajar… bahasa asing supaya boleh maki orang dengan bahasa yang mereka tidak fahami
5. Sahabat baik saya… ada ramai di muka bumi ini
6. Saya tak faham… kenapa Israel tu pengecut sebab hanya berani mengebom orang awam dan bukannya musuh mereka iaitu Hamas
7. Saya kehilangan… duit yang banyak apabila pergi untuk shopping spree
8. Ramai yang berkata… harga minyak petrol dah turun tapi harga barang keperluan harian tak jugak turun-turun..bosannya!!
9. Makna nama saya… ‘untaian permata ketenangan'
10. Cinta itu… love
11. Disuatu tempat bernama… Ho Chi Minh ialah di mana suami saya berada sekarang
12. Saya akan cuba… mengisi masa dengan sebaik-baiknya dengan aktiviti-aktiviti best dan jalan-jalan makan-makan bila suami saya balik bercuti selama 2 minggu mulai 15hb Januari ni...yeehaaa!
13. Makna “selamanya”… ialah sampai bila-bila tapi nothing is forever kecuali Allah SWT
14. Handphone saya… yang dihadiahkan oleh suami saya pada hari lahir saya yang ke 30 tahun lepas mempunyai QWERTY keyboard yang merupakan ciri utama yang membuatkan saya memilihnya sebagai handphone..hehe..
15. Saya paling meluat… bila adik beradik atau sanak saudara bergaduh kerana tanah atau harta pusaka...BORING!!!!
16. Bila saya bangun dari tidur… saya akan kiss Daniel
17. Party adalah… tempat saya berjumpa saya berjumpa dan bersembang dengan kawan-kawan yang lama tak ditemui (READ: Birthday party anak-anak...hehe..)
18. Haiwan yang paling cute adalah… anak harimau yang tak pandai menggigit/membahayakna manusia
19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan adalah… semasa zaman kanak-kanak sebab tak payah fikir pasal hutang
20. Hari ini saya rasa sangat tension… kerana baju-baju yang saya basuh tadi basah disirami hujan yang turun tiba-tiba sewaktu saya pergi jemput Daniel dari sekolah
21. Malam ini saya akan cuba… untuk pastikan Daniel tidur awal supaya senang bangun pagi esok untuk pergi sekolah
22. Saya betul2 inginkan…duit yang banyak tanpa perlu bayar income-tax
23. Bila tengok muka kat cermin pagi tadi… saya nampak Daniel pun tengah intai cermin
24. Shopping kompleks… adalah tempat saya menjalani terapi sewaktu boring atau sedih..hehe..
25. Makanan segera biasanya… sedap walaupun tak berkhasiat dan menggemukkan
26. Ayat2 terakhir pada orang… "Daniel, No!" sebab dia cuba menekan-nekan keypad pada handphone saya
27. Nak panjangkan tag ini? Buatlah kalau rajin...hehe..

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home